OLIVE HOUSE & SYRIA
1. Saya ke bumi
Syria beberapa kali. Penduduk Syria bangga bila dipanggil Ahli Syam
berbanding rakyat Syria. Kemungkinan kerana pujian-pujian yang terdapat
di dalam Hadis Nabi dan tulisan para Ulama menjadikan mereka senang
dipanggil Ahli Syam berbanding Syria.
2.
Jika nak dikatakan buminya terlalu cantik, ada negara yang lebih
cantik. Nak dikatakan punyai tinggalan sejarah hebat, negara lain juga
ada. Nak dikatakan dipenuhi para kekasih Allah dan Ulama-ulama, negara
lain juga tidak terkecuali. Tapi bumi Syam ini lain dari mana-mana bumi
bagi yang pernah menjejakinya. Saya teringat seorang kenalan tokoh
korporat bertanya kepada saya: Ustaz, aku pelik barat bersungguh nak
mendapatkan bumi Syria dengan pelbagai cubaan dan dicetuskan banyak
konflik, sedangkan negara mereka sendiri lebih cantik!!! kenapa ya? Saya
tidak menjawab
persoalannya tetapi berkata: Abang, saya nak kena pergi Syria, jom join sekali? Dia bersetuju.
3.
Semasa di sana, ketika kami minum teh di tepi jalan di perkampungan
Nawa (perkampungan Imam Nawawi dan tempat beliau dimaqamkan). Dia
berkata: Ustaz Aidil, saya tak tau nak "describe" camna tapi ada satu
perasaan yang istimewa bumi Syam ni sama perasaan apabila kita di Mekah
dan Madinah. Tapi perasaan ini agak lain dan perasaannya yang
tersendiri. Saya rasa inilah istimewanya bumi ini yang tidak ada di
mana-mana bumi. Saya diam dan hanya membalas dengan senyuman.
4.
Saya anak didik Al-Azhar dan berbangga dengan kehebatan Ulama Al-Azhar
serta kebijaksanaan Al-Azhar. 10 tahun saya di bumi Al-Azhar mengutip
kepingan hidangan ilmu dibumi tersebut tetapi apabila tiba di bumi Syria
kali pertama, entah bagaimana perasaan kagum dan hebat itu beralih
kepada Syria secara spontan. Manakan tidak, pernahkah tuan cik puan
melihat kuliah pengajian hadis sahih Al-Bukhari yang dibuat satu jam
sebelum subuh tetapi kehadiran seumpama rakyat Malaysia di shopping
komplek di hari cuti dan baru mendapat gaji. Pandangan sebegini biasa di
bumi Syam. Terdapat banyak kenangan dengan Ahli Syam yang saya nak
kongsikan di sini;
5. Kisah pertama:
ketika sampai kali pertama bersama rombongan kerajaan negeri kedah
bersama exco-exco kerajaan negeri. Saya tidak ada pakaian kemeja lengan
panjang rasmi untuk majlis yang bakal diadakan. Saya mohon teman saya
Ustaz Izzam Khazar (ketika itu pelajar Master di Universiti Dimasy,
sekarang top Banker di Bank Islam Dubai) untuk pergi ke kedai pakaian.
Entah bagaimana di kedai pakaian milikan pemuda Syria dalam lingkungan
umur 30an, saya menjadi sedikit cerewet yang hakikatnya bukan sifat
saya. Berpuluh kotak pakaian dibuka hanya untuk mencari pakaian yang
saya inginkan. Tiada tanda wajah kurang senang dari pekedai bahkan terus
dilayan dengan bersungguh-sungguh. Setelah selesai saya ingin membayar,
pekedai itu tidak mahu menerima wang. Jenaka tidak mahu menerima wang
biasa dilakukan oleh pekedai Mesir tetapi jika tidak dibayar nescaya
akan dikejar. Saya sambut jenaka pekedai Syria itu dengan kata: baiklah
lalu mengacah mahu keluar kedai. Dia mempersilakan untuk saya keluar
dengan dibungkus rapi barang yang dibeli.
Saya
terdiam. Saya kembali untuk memberikan wang. Dia katakan pada saya:
"Engkau ahli ilmu kan? Pelajar jurusan agama? Saya seorang peniaga dan
hanya tahu meniaga dan kurang masa untuk ilmu. Saya tidak mahu wang kamu
tetapi doakanlah saya di dalam majlis- majlis ilmu yang engkau sertai".
Demi Allah, sepanjang di Mesir bahkan di Malaysia, setiap kali saya
bersila di dalam majlis ilmu atau menyampaikan ilmu wajah lelaki itu
datang dalam memori umpama "notification" smart phone kita. Saya begitu
percaya lelaki ini begitu Ikhlas walaupun hanya sekadar menghadiahkan
sehelai baju, dia mendapat perhatian saya sepanjang hidup saya. Ini ahli
Syam.
6. Kisah kedua: saya memulakan
business Olive House apabila mendapat aspirasi dari Dr Faid berhubung
pemakanan dari Al-Quran dan As-Sunnah. Aspirasi bukan ala-ala jual ayam
jampi atau kismis jampi dan seumpamanya yang lebih kepada memperkuda
Agama untuk kepentingan perniagaan tetapi aspirasi bagaimana kajian
Santifik hari ini berkenaan Nutrisi & kesihatan telah diterangkan
Al-Quran dalam bahasa yang jelas. Bersungguh-sungguh saya ingin
menjayakan perkara ini sehingga Allah hadirkan pembantu-pembantu yang
hebat untuk membawa perjuangan yang sama. Rasulullah itu Ahli Nutrisi
yang Agung.
7. Untuk memulakan
langkah pertama diperingkat awal seorang lelaki bernama Samir Jazzar
dari Aleppo (Halab), Syria membantu saya walaupun dengan modal kecil dan
beliau berusaha memastikan business ini dapat dimulakan. Teringat
kata-kata beliau bila saya menulis email panjang kepada beliau dan
berkongsi sedikit kegusaran jika saya gagal sedangkan beliau seolah-olah
begitu yakin saya akan berjaya. Terlalu banyak bantuan beliau berikan
kepada saya agar melangkah berani. Ganjil bukan, kepercayaan dari orang
lain lebih tinggi dari diri sendiri? Beliau membalas email saya dengan
balasan pendek, ringkas, padat dan menyentap. : "Adikku Aidil, apa yang
engkau cuba perjuangkan ini adalah makanan yang kekasih kita Rasulullah
sebut sebagai pokok yang barakah. Semestinya gerak kerja engkau penuh
keberkatan, fikiran engkau dengan keberkatan dan pasti berjayanya engkau
dengan keberkatan". Mendidih semangat muda saya dengan ucapan tersebut
dari seorang pemuda Syria.
8. Banyak
kisah jika saya nak kongsikan berkenaan Ahli Syam ini. Mereka bangsa
istimewa sebagaimana bangsa Palestin dan kerana itu mereka diuji dengan
ujian istimewa. Jika tuan cik puan perasan, logo Olive House dahulu ada
tulisan Aleppo, Syria. Sengaja diabadikan kenangan bermulanya di situ.
Tetapi dibuang Aleppo, Syria selepas registrasi logo di "myIpo" tidak
membenarkan nama tempat diletakkan pada logo.
9.
Ketika saat saya mulakan Olive House, masih ingat dijual sebotol rm
35.90 bagi Pati Minyak Zaitun. Dimulakan dengan apa yang ada, mengesot,
merangkak, menderita dan pelbagai kenangan yang dilalui sewaktu ia
dimulakan. Setelah beberapa bulan harga ditukar RM 39.90 atas faktor
salah kaedah meletakkan harga produk. Waktu itu pelbagai suara
mengatakan mahal produk kerana dibandingkan produk Olive House dengan
produk kebanyakan di pasaran...lama kelamaan baru disedari oleh cerdik
pandai, harga produk lain yang terlalu murah dan agak tidak logik untuk
menunjukkan ianya asli dengan kualiti yang digemburkan. Sama tetapi
tidak serupa.
10. Hari ini Olive House
berkembang dengan perjuangan yang jelas. Dr Faid yang sering saya sebut
dan canang ilmu dan namanya datang bertemu kita bahkan beliau
bersemangat untuk membantu mengembangkan Quranic Food kepada dunia
secara khusus di Asia. Tidak pernah beliau memberikan kuliah dalam
bahasa Inggeris, kini banyak kuliah beliau dalam bahasa Inggeris. Tidak
pernah beliau memberikan tulisan-tulisan beliau yang berharga kepada
sesiapa. Hari ini diberi kepada saya 5 tulisan berkaitan makanan dari
Al-Quran; Zaitun, Teen, Kurma, Delima dan Anggur untuk diterjemahkan.
Beliau meminta dirakam sebanyaknya kuliah beliau berhubung Nutrisi dari
Al-Quran untuk disebarkan. Semua ini menunjukkan perjalanan Olive House
semakin baik untuk kita semua. Ini tidak termasuk dengan tenaga-tenaga
hebat yang bersama kita, kemantapan proses dan kematangan kita semua
untuk terus belajar dari satu tahap ke satu tahap. Semua ini menunjukkan
kita semakin membesar.
11. Hari ini
syarikat membuat keputusan sukar tetapi perlu. Iaitu menaikkan harga
seluruh produk teras yang tidak pernah kita naikkan (kecuali Sari Cuka
Teen pernah dinaikkan) bermula dari 1/6/2016. Bertahun lamanya kekal
dengan harga asal. Adakah kenaikan ini wajar? Jika ditanya pelanggan
tidak akan ada yang akan kata wajar jika dilihat kepada pandangan
peribadi masing-masing.
12. Tuan cik
puan bayangkan setahun setelah GST dilaksanakan kita berpendirian untuk
menanggung segala GST dan kita akan terus kekal sebegitu. Ini kita
bercakap soal kenaikan harga bukan disebabkan faktor GST kita tidak
naikkan harga kerana GST TETAPI soal pengukuhan organisasi kita bersama.
Janji untuk menanggung GST kekal sehingga kini. Tempoh setahun ini,
tiada kenaikan harga walaupun semua perkara disekeliling kita berlaku
kenaikan harga melebihi 30%. Waktu itu, apabila pihak pengurusan HQ
mengusulkan kepada saya untuk dinaikkan harga disebabkan pelbagai faktor
antaranya nilai matawang Malaysia yang teruk menyusut...saya katakan
pada mereka, jika menjadi pemimpin semudah naikkan harga nescaya
siapapun boleh jadi pemimpin. Cari jalan lain! Waktu itu diusulkan untuk
membuka syarikat di dubai untuk merancang cukai, dinaikkan jualan dan
pelbagai usaha lain. Alhamdulillah setahun kita harungi dengan baik dan
berkembang dengan maju dalam keadaan kita akui kepayahan itu ada tapi
bagi usahawan itu candu dalam mencipta kejayaan.
13.
Jika keadaan ini boleh diharungi selama setahun, kenapa hari ini perlu
dinaikkan harga? Ini kerana, banyak faktor yang tidak lagi berada di
dalam ruang kuasa Olive House; seumpama harga produk dunia meningkat,
mata wang menggila jatuh, kenaikan harga semua service di Malaysia.
Keadaan ini akan mengganggu syarikat berkembang secara khusus kepada
ejen-ejen yang perlu bergerak untuk memberi service kepada pelanggan.
Bagi Usahawan Opportunis yang berniaga tanpa masa depan mungkin tidak
nampak, tetapi yang ingin membina legasi dan mengurus dengan baik agar
produk yang baik ini terus kekal diberikan kepada masyarakat...maka soal
ini soal besar.
14. Seolah-seolah
hari ini Syarikat merayu kepada pelanggan mohon beri kepercayaan untuk
menambah sedikit keuntungan yang hilang kesan krisis ekonomi yang
melanda agar produk yang baik ini kekal terus dibekalkan, pakar-pakar
nutirisi boleh terus membantu kita, ahli-ahli pemakanan dan para Doktor
boleh bergerak dan membantu kita, kita semua boleh terus belajar dan
belajar dengan kursus yang pelbagai untuk terus berkembang memberi
service yang baik lalu membantu masyarakat dengan pengetahuan yang
betul. Pelanggan-pelanggan kita hakikatnya yang menyumbang ke arah
perkembangan kita semua dan hasilnya dikembalikan kepada mereka dalam
pelbagai cara.
15. Harga baru ini akan
berkuat kuasa 1/6/2016. Walaupun harga bakal dinaikkan, pihak syarikat
akan berusaha dengan melakukan pelbagai pakej, promosi, aktiviti dan
service agar kenaikan ini kurang dirasakan dan dirasakan wajar oleh
pelanggan kita semua. Perkongsian ilmu berhubung diet dari Al-Quran yg
akan ke udara di tv Al-Hijrah sebanyak 13 siri, dengan iklan pendek
bertubi-tubi berhubung kesihatan di Tv Al-Hijrah selama 30 saat untuk
memasyarakatkan seluruh rakyat malaysia dengan pemakanan dari Al-Quran
yang menunjukkan kehebatan Rasulullah itu sendiri dan pelbagai lagi
aktiviti pemasaran dan keilmuan yang akan dirasakan.
16.
Segala sumbangan kita dinilai oleh Allah. Ada yang menyumbang dengan
tenaga, ada dengan wang, ada dengan kepercayaan...dimanapun kita berada,
para Malaikat tidak pernah terlepas pandang menghitung amalan kita
semua. Semakin kukuh organisasi semakin banyak kebaikan boleh
disumbangkan.
17. Terima kasih dan
saya amat menghargai kepercayaan anda. Kejayaan hari ini adalah bangunan
yang disusun batu-batanya oleh tuan cik puan semua sama ada pelanggan,
ejen, Senior Ejen, Pengurus Ejen, Penyelaras Ejen, Staff masing-masing
dan pihak HQ. Gandingan ini yang menjadikan binaan organisasi ini
semakin megah. Jika bangunan ini mampu kita bina, sudah tidak menjadi
kepayahan untuk membina bangunan yang lebih tinggi di masa hadapan.
Yang Benar
CEO OLIVE HOUSE
MUHAMMAD AIDIL AZWAL ZAINUDIN
Tempahan produk/pertanyaan
WhatsApp 0175750810 (Ustaz Zaki)
www.QuranicFoods.com
www.OliveAsli.blogspot.com
www.facebook.com/QuranicFoods